suria

Pegawai polis cawangan khas maut jatuh bangunan

GEORGE TOWN: Seorang pegawai Cawangan Khas ditemui maut di luar sebuah pusat karaoke di sini selepas dipercayai terjatuh bangunan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata mayat Sofian Shahari, 47, ditemui seorang pekerja di tempat letak kereta kira-kira pukul 4.45 pagi Isnin.

"Mangsa bertugas dengan unit Cawangan Khas dan berkhidmat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 19 tahun.

"Sebelum itu dia meraikan sambutan hari lahir rakan setugasnya di pusat karaoke tersebut.

"Siasatan awal di lokasi kejadian menemui selipar dan beg milik mangsa di tingkat dua tetapi terdapat cebisan langsir yang koyak di laluan pusat karaoke di tingkat empat.

"Tidak dapat dipastikan sama ada mangsa jatuh dari tingkat dua atau tingkat empat," katanya sambil menambah mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kepala.

Kes tersebut diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Che Zaimani berkata antara barang milik mangsa yang hilang adalah kad kuasa dan telefon bimbit, manakala tinjauan rakaman CCTV mendapati Sofian terjatuh kira-kira pukul 4.23 pagi.

PDRM, Cawangan Khas

Artikel Sebelum

Artikel Lain