suria

Nurul Izzah, Rafizi dan KJ lepak lagi

PETALING JAYA: Sekeping gambar yang dikongsi Ahli Parlimen Rembau menerusi InstaStory miliknya pada Selasa menarik perhatian netizen.

Gambar tersebut menunjukkan Khairy dan seteru politiknya, Nurul Izzah dan Rafizi Ramli bertemu buat kali kedua di Bangsar.

Mereka dilihat berada di Alexis Bistro di Bangsar Shopping Centere (BSC) selepas keputusan Nurul Izzah meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR.

"Itu bagaimana 'filter' berfungsi @rafiziramli," tulisnya.

Kapsyen itu dipercayai merujuk kepada gambar terdahulu yang dimuat naik Rafizi dalam Twitter miliknya pada 10 Disember lalu.

Dalam gambar tersebut, Rafizi berkata meskipun mereka daripada parti politik yang berbeza, mereka memiliki aspirasi yang sama.

“Kami berkongsi aspirasi yang sama, iaitu untuk melihat Malaysia yang mampu menjana kekuatan dari perbezaan yang kita ada, memahami penuh serta menghormati perbezaan tersebut,” katanya.

Khairy bagaimanapun membalas posting tersebut dengan berseloroh, meminta Rafizi mempelajari cara untuk ‘filter’ (menyunting) foto itu terlebih dahulu sebelum memuatnaiknya.

Rafizi kemudian membalas pula dengan berkata, “Saya tidak akan memuatnaik gambar sebelum mahir menggunakan ‘filter’ terlebih dahulu.”

Pada 17 Disember lalu, Nurul Izzah berterima kasih kepada Rafizi dan Khairy di atas sokongan mereka susulan peletakan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR.

Nurul Izzah, Rafizi Ramli, KJ

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain