suria

Suami 7 kali lafaz nikah kerana nama pendek 'S'

ISKANDAR PUTERI: Seorang pereka bangunan, S binti Rosli mungkin memiliki nama paling singkat di Malaysia, apabila didaftarkan dengan satu huruf sahaja.

"Sewaktu ayah saya masih kecil, dia sering diejek kawan.

"Sebab itu dia nak bagi nama yang paling pendek untuk anaknya," ujar anak sulung itu.

Tiga lagi adiknya bagaimanapun tidak dinamakan satu aksara sahaja sepertinya.

Mereka adalah Liz, 29, Maz, 18, dan Hani, 15.

Biarpun namanya hanya satu huruf sahaja, S mengakui selesa dengan nama itu dan berjanji tidak akan mengubahnya.

"Orang tak percaya setiap kali saya cakap nama saya, masa isi borang pun sama.

"Bila tunjuk kad pengenalan, mereka akan pandang saya dengan pelik dan tersenyum.

"Saya gembira sebab ayah yang bagi nama ni, biarpun di sekolah saya diejek dengan nama Superman atau Supergirl.

"Saya tak kisa sebab itu adalah karakter adiwira," katanya lagi.

S memiliki diploma dari Universiti Teknologi Malaysia dan dia mengakui nama pendek memberi kebaikan buat dia khususnya sewaktu peperiksaan.

"Sebab nama saya pendek, orang ingat senang la suami nak sebut masa akad nikah.

"Tapi dia pun sampai tujuh kali lafaz, mungkin sebab berdebar depan tok kadi," ujarnya yang sudah tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Berbeza dengan S yang memiliki nama pendek, pemegang nama terpanjang di negara ini pula disandang oleh Princess Aura Nurr Emily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra binti Mohd Sufian.

S binti Rosli

Artikel Lain