suria

Parajurit muda TUDM jangan salah guna media sosial - Affendi

Affendi (kanan) menyampaikan anugerah PjM U Terbaik Keseluruhan kepada, Muhammad Akmal Azwan Noor Esam (kiri) pada Majlis Istiadat Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Udara Siri 59/2018 di Akademi Tentera Udara pada Sabtu. - Bernama

IPOH: Perajurit muda Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diingatkan supaya menggunakan jaringan media sosial dengan berhemah bagi mengelak perkara tidak sepatutnya.

Panglima atau Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata pada masa sama perajurit muda perlu mematuhi arahan dan peraturan semasa sedia ada.

"Laman sosial tidak seharusnya disalahguna oleh anggota tentera sehingga memudaratkan diri sendiri dan perkhidmatan," katanya kepada pemberita selepas majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda TUDM Siri 59/2018 di Akademi Tentera Udara Ipoh di sini pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja pulang dari Kanada buat kejutan, reaksi ibu Fahmi paling kelakar!

Seramai 308 perajurit muda udara menamatkan latihan asas ketenteraan selama hampir enam bulan yang bermula sejak 7 Julai lalu dengan pelbagai pendedahan seperti latihan jasmani, kawad, pengendalian senjata, latihan medan, etika tentera, pengetahuan awam serta modal insan.

Affendi turut menyentuh mengenai Pelan Rancangan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 atau dikenali sebagai CAP55 yang menurutnya merupakan satu pelan jangka masa panjang yang bermula pada tahun ini sehingga 2055 merangkumi penstrukturan semula aset ketumbukan dan sumber manusia bagi memastikan TUDM terus relevan dengan arus perkembangan geopolitik.

"Ini adalah bagi memastikan kesemua aset tempur TUDM sentiasa berada pada tahap optimum serta berupaya menjadi pemacu dalam transformasi kesiapsiagaan di peringkat strategik, operasional dan taktikal yang tersusun," katanya.

Dalam sidang media kemudiannya, Affendri berkata TUDM kini giat mengadakan program promosi bagi menarik lebih ramai penyertaan bukan Melayu dalam pasukan berkenaan kerana ia mampu memperkuat dan memperkukuhkan keupayaan.

"Kita (TUDM) sentiasa mengalu-alukan dan serta membuka ruang kepada perajurit muda dari bukan Melayu mengambil bahagian memasuki kerjaya sebagai seorang anggota tentera," katanya. - Bernama

TUDM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain