suria

Bekas menteri Hieng Ding meninggal dunia pada Hari Krismas

PETALING JAYA: Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Tan Sri Law Hieng Ding (gambar) menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.56 pagi, Hari Krismas.

Hieng Ding meninggal dunia pada usia 82 tahun.

Isteri mendiang, Puan Sri Ngui Soon Leng mengesahkan berita itu kepada pihak media. Mereka mempunyai tiga anak.

Bekas Ahli Parlimen Sarikei dan Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) tersebut memegang jawatan menteri sejak tahun 1999 hingga 2004.

Ketika dihubungi, Presiden SUPP, Datuk Sim Kui Hian meluahkan kesedihannya terhadap pemergian Hieng Ding dan menyifatkan ia sebagai kehilangan besar terhadap Sarawak dan parti tersebut.

"Kami kehilangan seorang orang Sarawak yang berkhidmat dan berjuang untuk negeri ini di Kabinet selama 27 tahun (sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dari 1990 hingga 2004), serta ahli dan pemimpin parti SUPP yang setia," kata Kui Hian sambil menambah bahawa Hieng Ding juga merupakan sahabat rapat keluarganya.

"Saya telah mengenali beliau sejak saya masih kecil," katanya.

Kata Kui Hian, upacara menguruskan mendiang akan diadakan pada Rabu dan Khamis di Nirvana Memorial Center di Sungai Besi bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Upacara penghormatan turut diadakan di dua gereja pada dua hari berkenaan.

Menurut See Hua Daily News, mendiang akan diterbangkan kampung halamannya di Sibu pada Jumaat. - The Star

Hieng Ding

Artikel Lain