NAMPAKNYA usahawan kosmetik, Nur Sajat masih berang dengan insiden dirinya dihadapkan ke mahkamah baru-baru ini, yang dianggapnya disensasikan hingga mencetuskan kontroversi. Gara-gara jumlah denda RM2,700 yang dikenakan terhadapnya kerana gagal mengemukakan penyata Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada Ketua Pengarah Kastam Malaysia, ia hangat diperkatakan selepas mendapat liputan meluas media. Malah, Nur Sajat turut bersetuju dengan pandangan penyanyi rap, Caprice bahawa berita “RM2,700” itu tidak seharusnya menjadi berita nasional. “Setuju dgn komen Caprice! Bukan nak cakap apa. Inilah kerja wartawan jahat (tak semua wartawan jahat atau busuk hati)!!! Tak ada story (berita) tu, upkan (naikkan) story Nur Sajat, terus laku page mereka. “Yang denda RM2,700 pada tahun 2015 dan 2016! Masa tu produk pun tak ada,” katanya menerusi perkongsian di laman sosial Instagramnya, petang Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: “Nama saya bukan Muhammad Sajjad…” ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya Jakim Dedah Identiti Sajat Namun ahli perniagaan berusia 33 tahun itu bersyukur kerana apa yang berlaku menjadi ujian untuk mematangkan dirinya. “Alhamduillah kadang-kadang ujian itu mematangkan kita untuk terus maju jaya dalam dunia perniagaan! Jangan cepat melatah, biar mereka (haters) melatah tengok kita,” tambah Nur Sajat. Walaupun media melaporkan jumlah denda membabitkan GST, tetapi netizen lebih mensensasikan nama penuh Nur Sajat, iaitu Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang dipaparkan dalam kes mahkamah. Mengenai pandangan Caprice berhubung jumlah denda yang kecil itu, ia tidak seharusnya diperbesarkan, tetapi segelintir pihak menyifatkan kes tersebut diangkat media berikutan Nur Sajat merupakan seorang selebriti dan usahawan terkenal. Perkongsian Nur Sajat di laman sosial Instagram mengenai pandangan Caprice berhubung kes mahkamah membabtikan usahawan kosmetik itu, baru-baru ini. Rabu minggu lalu, Nur Sajat didenda RM2,700 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan gagal mengemukakan penyata GST kepada Ketua Pengarah Kastam Malaysia. Beliau yang juga mengusahakan perniagaan emas bagaimanapun berang apabila namanya disebut sebagai Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dalam laporan media dan menafikan nama tersebut adalah nama asalnya. "Bukan, tak betul. Nama saya bukan Muhammad Sajjad tapi nama penuh saya Sajat Kamaruzzaman. "Nama dalam IC (kad pengenalan) hanya S... A... J... A... T... Kamaruzzaman. Tak ada Muhammad pun," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis. Mengikut semua pertuduhan, Nur Sajat didakwa gagal mengemukakan penyata perniagaan kepada Ketua Pengarah Kastam Malaysia mengikut cara yang ditetapkan sepanjang 1 April 2015 hingga 30 Jun 2015, 1 Oktober 2015 hingga 31 Disember 2015 dan 1 Januari 2016 hingga 31 Mac 2016. Nur Sajat didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Kelana Jaya, Petaling Jaya, antara 22 Oktober 2015 hingga 16 Jun 2016. View this post on Instagram A post shared by Caprice (@capriceofficial) on Dec 20, 2018 at 6:28am PST