suria

Jentera Armada mahu terus fokus angkat suara orang muda

KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya seluruh kekuatan parti terutama jentera Armada dan Srikandi memfokuskan kepada matlamat perjuangan untuk melindungi Melayu dan bumiputera.

Nasihat Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya pemimpin dan ahli parti mempertahankan hak bangsa ini merupakan satu wasiat cukup penting untuk mengangkat martabat bangsa kita terus maju dan tidak ketinggalan.

“Inilah masa terbaik kepada pemimpin-pemimpin Bersatu terutama di sayap parti untuk fokus bagi mencari lebih ramai lagi ahli mendaftar selepas ini.

“Dengan keahlian yang ramai dan kuat ini, sudah pasti agenda perjuangan parti akan dapat digalas dengan penuh tanggungjawab dan menyeluruh, sekali gus dirasai oleh seluruh umat Melayu dan bumiputera di negara ini,” ujar Ketua Armada Lumut Akmal Maradzi dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambah Akmal, dalam mengukuhkan perjuangan ini, gesaan Ketua Armada, Syed Saddiq Abdul Rahman supaya lebih banyak ruang dan kedudukan diberi kepada anak muda termasuk wanita muda dalam parti wajarlah diberi perhatian.

“Bersatu adalah parti yang mesra untuk orang muda. Kita mesti angkat suara mereka.

“Langkah ini bukan hanya membuka lebih banyak peluang dalam kalangan anak muda untuk bersuara, malah mengangkat darjat anak muda itu sendiri bagi menjadi sebahagian daripada kelompok terpenting dalam mengorak kemajuan negara.

“Orang muda mesti diberi ruang yang secukupnya untuk mereka menimba pengalaman.

“Sebagai kesinambungannya, golongan ini akan lebih mudah untuk memahami apakah pengisian yang akan dinukilankan dalam agenda bumiputera baharu kelak,” katanya.

Akmal maradzi

Artikel Lain