GEORGE TOWN: Ribut siklon tropika, Pabuk, kini melanda Thailand dan Vietnam, dengan Malaysia sebahagian besarnya terselamat kecuali wilayah utara yang dijangka dilanda 'ekor ribut' itu. Hujan lebat dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Penang dan Perak, dengan gujan lebat dijangka berterusan di Kelantan dan Terengganu sehingga 4 Januari. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan info grafik yang menunjukkan siklon tropika Pabuk dijangka melanda pada Khamis (3 Januari) dan sehingga Jumaat (4 Januari). Angin kencang dan laut bergelora dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata, ribut tropika mula tercetus sejak minggu lalu. "Kita kini pada amaran peringkat jingga apabila ribut melanda Pantai Timur pagi ini, dan ia dijangka melanda Pantai Barat Utara. "Kita telah memaklumkan kepada semua agensi dan bersiap sedia untuk berhadapan sebarang kemungkinan," katanya. Boon Poh menggesa orang awam untuk menghubungi talian MetMalaysia di 1300-22-1638, sekiranya berlaku kecemasan atau sebarang bantuan yang diperlukan. Sistem ribut yang cepat berputar boleh mengakibatkan angin kencang, laut bergelora, hujan berterusan, banjir dan tanah runtuh. - The Star