suria

Ada individu dalam PKR tak mahu Anwar jadi PM

KUALA LUMPUR: Wujud sebilangan individu dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tidak mahu presiden mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, dakwa Otai Reformasi, kumpulan veteran yang menyokong pemimpin politik itu.

Pengerusinya yang juga Adun Ijok, Dr Idris Ahmad berkata, ianya jelas wujud individu yang tidak mahu presiden PKR itu memegang jawatan berkenaan, dalam tempoh dua tahun.

"Otai Reformasi akan menentang sesiapa sahaja yang mencuba untuk menghalang Anwar menjadi perdana menteri," katanya.

Mengulas mengenai identiti individu yang dinayatakan, Idirs berkata, dia jelas dapat melihat siapa mereka menerusi posting Facebook dan juga kenyataan yang dikeluarkan, termasuklah seorang 'menteri'.

"Kita tak mahu ada sebarang keraguan dan akan melindungi sepenuhnya peralihan kuasa," ujarnya dalam satu sidang media.

Sewaktu permulaan acara, Dr Idris menjelaskan Otai Reformasi merupakan pergerakan bukan politik yang dibentuk pada 1998.

Pergerakan itu turut disertai ahli-ahli parti PKR, DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Amanah Negara.

Pada Selasa, setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Abdullah berkata, penggal pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat parti itu.

Perhimpunan agung Bersatu baru-baru ini turut menyuarakan bahawa Tun M wajar memenuhi penggal pemerintahan sebagai Perdana Menteri. - The Star.

Artikel Lain