KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd akan menghentikan kutipan fi RM3 bagi kesemua pelepasan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) mulai Isnin, dalam usaha untuk mengekalkan kadar tambang udara yang rendah. "Kami sudah nyatakan sejak awal lagi bahawa klia2 tidak sesuai untuk operasi penerbangan tambang rendah. Kami akan dapatkan terus semua kos tambahan daripada Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB)," kata ketua pegawai eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat dalam kenyataan pada Isnin. Fi klia2 diperkenal pada Mei 2014 bagi menampung kos tambahan di lapangan terbang susulan penggunaan mandatori kemudahan yang dikenakan oleh MAHB. Ini termasuk jambatan udara dan SITA (pengurusan lapangan terbang) sistem pemeriksaan masuk dan menaiki pesawat berbanding Terminal Penerbangan Kos Rendah (LCCT) sebelum ini. - BERNAMA