suria

Lagi gantung pekerja kerana hina Agong, TNB pula ambil tindakan

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menggantung pekerjanya berhubung kenyataan yang dibuat terhadap institusi diraja di media sosial.

TNB, menerusi halaman Facebook TNB Careline pada Selasa memberitahu, penggantungan kerja itu adalah serta merta sementara siasatan dijalankan.

"Kenyataan tersebut adalah pendapat individu itu sendiri dan tiada kaitan serta bercanggah dengan prinsip-prinsip Tenaga Nasional Berhad (TNB). Kami memohon maaf atas perkara yang telah berlaku," menurut TNB dalam satu kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hina Agong, pekerja Cisco Asean dipecat

ARTIKEL BERKAITAN: Hina Agong, Pemandu pula ambil tindakan terhadap pekerja

Terdahulu pada Selasa, Pemandu Associates menggantung tugas seorang pekerjanya yang didakwa membuat kenyataan keterlaluan terhadap ketua negara, di media sosial.

Menurut Pemandu, ia memandang serius perkara tersebut, sambil menambah bahawa satu siasatan dalaman dijalankan.

Kenyataan itu dibuat pada hari yang sama syarikat Cisco Asean memutuskan untuk memecat seorang pekerjanya kerana menghina Yang di-Pertuan Agong di Facebook, susulan menerima tekanan daripada orang ramai.

Cisco Asean merupakan ibu pejabat serantau bagi syarikat rangkaian, telekomunikasi dan teknologi gergasi, Silicon Valley.

Semua kenyataan menghina tersebut dibuat selepas Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, mengumumkan perletakan jawatan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong pada Ahad lalu. - The Star

Artikel Sebelum

Artikel Lain