PUTRAJAYA: Seorang bekas pegawai tinggi Tourism Malaysia ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Sumber berkata, pegawai itu dipanggil pada Selasa untuk memberikan keterangan. Beliau ditahan selepas beberapa jam disoal siasat. Individu tersebut dijangka direman pada Rabu. Bagaimanapun setakat ini tidak diketahui mengapa beliau dipanggil, dan kes yang membabitkannya. Pegawai tertinggi SPRM mengambil pendekatan mengunci mulut ketika ditanya berhubung perkara itu. "Tunggu esok, kita akan beritahu kamu," kata sumber ketika ditemui. Individu tersebut dipercayai memegang jawatan tinggi di Tourism Malaysia. - The Star