suria

Sultan Johor pandu Proton Saga hantar Tun M ke lapangan terbang

JOHOR BARU: Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memandu sendiri kereta Proton Saga menghantar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini, petang Khamis.

Kenderaan itu dipersembahkan kepada ayahanda Sultan Johor kira-kira 34 tahun lalu.

Senario yang menarik perhatian ramai itu berlaku selepas pertemuan Sultan Ibrahim dan Dr Mahathir selama 90 minit.

Kenderaan berwarna biru yang dipandu Sultan Johor itu melalui perjalanan sejauh kira-kira 25 kilometer antara Istana Bukit Serene ke lapangan terbang.

Kenderaan dengan nombor pendaftaran Proton 1 itu dipersembahkan Dr Mahathir kepada Almarhum Sultan Iskandar ketika baginda menduduki takhta Yang di-Pertuan Agong pada 9 Julai 1985.

Proton Saga adalah model terawal yang menandakan bermulannya Malaysia sebagai negara pengeluar kenderaan.

Sebelum itu, Dr Mahathir tiba di istana untuk mengadakan pertemuan dengan Sultan Ibrahim pada pukul 4 petang.

Ia adalah pertemuan pertama antara Dr Mahathir dan Sultan Ibrahim selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Menurut sumber pejabat Perdana Menteri, pertemuan itu diadakan atas permintaan Sultan Ibrahim beberapa minggu lalu.

Sultan Ibrahim, Mahathir, Proton Saga

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain