suria

Adik umur 14 tahun mengaku bersalah sumbang mahram dengan kakak

KAMPAR: Seorang budak lelaki 14 tahun hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan melakukan sumbang mahram dengan kakak kandungnya sejak dua tahun lepas.

Dia membuat pengakuan itu itu selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh.

Tertuduh didakwa melakukan persetubuhan dengan kakak kandungnya berumur 16 tahun di rumah mereka pada Disember 2017 hingga Mei 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Mahkamah menetapkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes ditetapkan pada 20 Februari ini untuk menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Norashikin Hassanor manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Media sebelum ini melaporkan remaja itu melakukan perbuatan tersebut sehingga kakaknya melahirkan seorang bayi perempuan di dalam tandas rumah mereka pada 15 Disember lepas.

Tertuduh ditahan di rumah itu pada hari yang sama. -Bernama

sumbang mahram, kakak, adik

Artikel Lain