suria

#10yearchallenge: Apabila Azmin dikata Azwan Ali

SHAH ALAM: Tindakan sporting Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamaed Azmin Ali menyertai '10 year challenge' di akaun Facebook miliknya mengundang pelbagai reaksi netizen.

Dengan hanya meletakkan kapsyen #10yearchallenge, bekas Menteri Besar Selangor itu memuat naik dua gambar bagi membezakan dirinya terkini dengan 10 tahun lalu.

Satu gambar dengan kapsyen 2009 memaparkan beliau memakai kemeja berwarna biru tanpa bercermin mata.

Manakala gambar 10 tahun kemudian iaitu 2019 memaparkan dirinya memakai set lengkap kot dan bercermin mata.

Hantaran di Facebook itu menerima ratusan emoji dan komen serta perkongsian daripada netizen.

Pelayan Facebook, Shah Izwan berkata, gambar 1- tahun dulu lebih mirip Mohamed Azwan Ali yang merupakan adik kandung beliau.

"Gambar 2009 tu ada iras-iras Azwan Ali sikit la YB," tulisnya di bahagian komen.

Areel Rahman pula berkata, terkini penampilan Azmin lebih baik.

"Sekarang lebih 'smart' datuk..." tulisnya.

MH Sakura Pia Mahadi dan Siti Norhasni Hassan pula teruja apabila menteri tersebut turut sama menyertai cabaran tersebut.

"Terjebak juga Datuk..." tulis MH Sakura.

"Amboi Datuk terjebak," tulis Siti Norhasni pula.

Ketika ini #10yearchallenge' menjadi kegilaan pelayar Facebook yang rancak berkongsi gambar masing-masing untuk membuat perbandingan diri.

Rata-rata meletakkan dua gambar bagi membezakan saiz, rupa dan penampilan diri mereka bagi membuat perbandingan.-Sinar Harian



Azmin Ali, 10yearchallenge

Artikel Lain