suria

Suspek serang guna pedang samurai masih jadi tanda tanya

Gambar suspek yang hanya dikenali sebagai Roy.

MASIH tiada petunjuk mengenai seorang lelaki warga Filipina yang disyaki menyerang seorang lelaki warga Australia menggunakan pedang samurai sehingga cedera parah, dalam kejadian di Tamparuli, Sabah, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, peringatan telah dihantar ke semua balai polis daerah.

Beliau berkata, suspek yang dikenali sebagai Roy, berusia 30an dilihat kali terakhir melarikan diri ke hutan di Kg Kiwoi Tamparuli, kira-kir 40 kilometer dari Kota Kinabalu selepas insiden pada 24 Januari lalu.

"Dia dilihat kali terakhir tidak berbaju dan bersenjata pedang samurai," katanya.

Dzulbaharin berkata, polis mengawasi suspek.

Sementara itu, difahamkan mangsa berusia 46 tahun yang berkahwin dengan seorang warga tempatan dan mempunyai rumah inap desa di Sabah, pulih daripada kecederaannya.

Motif serangan belum dipastikan tetapi segelintir penduduk kampung mendakwa ia disebabkan oleh suspek yang tidak berpuas hati apabila warga Australia itu memberitahunya supaya tidak melepak di hadapan rumah inap desa tersebut yang boleh menyebabkan pelanggannya tidak selesa.

Dipercayai suspek merupakan penagih dadah. - The Star

pedang samurai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain