suria

Pengasuh didakwa bunuh bayi 9 bulan

SEORANG pengasuh berusia 39 tahun didakwa di mahkamah majistret di Sibu, Sarawak kerana membunuh seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di Jalan Permai Jaya, tiga minggu lalu.

Hayati Yaman dituduh melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, menyebabkan kematian Aariz Harraz Zahim Azman antara pukul 5.45 pagi dan 12.30 tengah malam pada 7 Januari lalu di kediamannya Permai Jaya, dengan mengendalikan pusat jagaan kanak-kanak yang tidak sah.

Tiada pengakuan diambil daripada tertuduh yang berdiam diri ketika tuduhan dibacakan kepadanya pada Isnin.

Mahkamah menetapkan 28 Februari depan untuk sebutan kes Aariz yang meninggal dunia pada 13 Januari di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sibu, akibat kecederaan yang serius di bahagian kepala.

Aariz dikejarkan ke hospital pada 7 Januari lalu dalam keadaan kritikal dengan pendarahan di otak dan kedua-dua mata.

Ibu bapa Aariz menghantar anak mereka ke rumah pengasuh pada pukul 5.45 pagi 7 Januari lalu sebelum ke tempat kerja.

Mereka yang kedua-duanya merupakan guru sekolah bagaimanapun kembali semula selepas menerima panggilan mengenai anak mengalami kesukaran bernafas. - Star

pengasuh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain