suria

"Saya tak pernah sebut ada diploma atau ijazah kulinari" - Mat Sabu

Mohamad Sabu.

MENTERI Pertahanan Mohamad Sabu yang turut menerima tempias dituduh memiliki ijazah seni kulinari palsu tampil menepis serangan tersebut.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata beliau tidak pernah mendakwa memiliki kelayakan akademik tersebut.

Malah Mat Sabu mengakui beliau telah dibuang dari Institut Teknologi MARA (ITM).

“Kononnya saya ada diploma atau ijazah kulinari. Dari dulu saya tak pernah sebut.

"Sebenarnya saya dibuang ITM,” katanya seperti dipetik portal Free Malaysia Today (FMT).

Namun Mat Sabu berkata kehandalannya memasak menyebabkan orang ramai menjangkakan beliau belajar kemahiran tersebut di kolej.

“Mungkin sebab saya handal memasak, jadi orang ingat saya menuntut di kolej,” katanya.

Beliau turut teringat kata-kata aktivis Hishamuddin Rais yang menyamakan dirinya dengan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Ronald Reagan.

“Reagan tak ada ijazah tapi dia pimpin Amerika Syarikat,” katanya.

Selain Mat Sabu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh Paul Yong Choo Kiong dari DAP dan Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin turut terpalit dengan kontroversi kelayakan akademik.

Mat Sabu, ijazah, kulinari

Artikel Lain