SEORANG mangsa ragut bertindak memaut leher peragut rantai emas miliknya dalam satu insiden di Taman Asean dekat Malim, Melaka pada 2 Februari lalu. Video berdurasi 1 minit 39 saat yang dipercayai sempat dirakam kamera video papan pemuka pengguna jalan raya memaparkan aksi cemas kejadian itu. Menerusi rakaman tersebut, mangsa diragut ketika berada bersebelahan gerai menjual kelapa. Mangsa kemudian dilihat berpaut pada leher peragut sejauh 500 meter sebelum motosikal peragut terjatuh di bahu jalan. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, insiden berlaku kira-kira pukul 3.30 petang 2 Februari lalu apabila mangsa yang ketika itu duduk membelakangi jalan raya terkejut selepas rantai leher berloketkan cincinnya direntap dari arah belakang. Beliau berkata, pihaknya difahamkan ketika kejadian ramai pelanggan di gerai itu tetapi kejadian tidak disedari mereka. Afzanizar berkata, selepas berpaut pada leher peragut kira-kira 500 meter, mangsa berjaya menjatuhkan motosikal suspek di bahu jalan. Bagaimanapun suspek berjaya melarikan diri dengan bantuan rakannya yang menaiki motosikal berasingan. Turut kelihatan di dalam video itu empat individu menaiki motosikal berasingan dipercayai turut terbabit selain berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek. Kes ragut oleh 4 lelaki bermotosikal yg berlaku di Taman Asean Melaka dan dikongsikan berlaku pada hari ahad lepas.. agak mengejutkan, mangsa bergayut pada motor suspek... pic.twitter.com/BY7fyrCU9Q — 999 Malaysia ?? (@999Malaysia) February 13, 2019