suria

Status akauntan profesional, Guan Eng serah kepada peguam

Guan Eng (tengah) menjawab pertanyaan media selepas majlis Penyerahan Cek Kepada Sekolah Tahfiz Yang Berdaftar di Kementerian Kewangan. FotoBERNAMA

MENTERI Kewangan Lim Guan Eng kini menyerahkan isu berkaitan statusnya sebagai akauntan profesional kepada peguam.

“Saya serahkan perkara ini kepada peguam,” katanya ringkas kepada media yang cuba mendapatkan reaksinya berhubung statusnya sebagai akauntan profesional yang dipersoalkan selepas Majlis Penyerahan Cek Kepada Sekolah Tahfiz Yang Berdaftar, di Kementerian Kewangan di Putrajaya pada Rabu.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tony Pua sebelum ini memberitahu bahawa Lim berkemungkinan mengemukakan saman fitnah terhadap Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan media yang berterusan mempersoalkan statusnya sebagai akauntan profesional.

Ia susulan kenyataan Ka Siong yang mempersoalkan status menteri itu selaku akauntan profesional bertauliah, yang ditulis pada ruangan biodata dalam laman web peribadi Setiausaha Agung DAP itu, limguaneng.com.

Ditanya sama ada mesyuarat Kabinet pada Rabu turut membincangkan isu itu Lim berkata : “Tidak”. - BERNAMA

Lim Guan Eng, akauntan

Artikel Lain