suria

RON95 dan RON97 naik satu sen, harga diesel kekal

HARGA petrol baharu untuk RON95 dan RON97 naik satu sen seliter bermula Sabtu, manakala harga diesel tetap tidak berubah.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan berkata harga RON95 dan RON97 masing-masing adalah RM1.98 dan RM2.28 seliter, manakala harga diesel kekal pada harga RM2.18 seliter.

Harga yang ditetapkan menurut Mekanisme Harga Automatik (APC), akan berkuatkuasa pada Sabtu (16 Feb) hingga Jumaat minggu depan (22 Feb).

Katanya, harga produk petroleum di pasaran global meningkat berbanding minggu lepas daripada US$62 setong kepada US$63 setong untuk RON95, manakala diesel meningkat daripada US$73 setong kepada US$74 setong.

Menurut harga global, harga runcit bagi diesel sepatutnya meningkat sebanyak satu sen seliter kepada RM2.20 seliter berdasarkan APM.

"Namun, selaras dengan janji yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk menstabilkan harga runcit diesel kepada RM2.18 seliter, harga diesel antara 16 Feb dan 22 Feb kekal pada RM2.18 seliter, bukan RM2 .20 seliter," jelas kenyataan tersebut.

Mekanisme penetapan harga mingguan berkuat kuasa pada bulan Januari tahun ini.

Harga baharu minyak

Artikel Lain