suria

Proses pencalonan PRK Semenyih bermula 9 pagi

Kakitangan SPR membuat persiapan sebelum berlansung penamaan calon PRK DUN N24 Semenyih yang ditetapkan Sabtu. Foto Bernama

PROSES penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih akan bermula pada 9 pagi ini.

Pusat penamaan calon ialah di Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang di Saujana Impian, Kajang kira-kira 12 kilometer dari pekan Semenyih.

Tempoh masa mengemukakan kertas pencalonan bermula 9 pagi hingga 10 pagi.

Pengundian awal ditetapkan 26 Feb manakala pengundian 2 Mac.

Kerusi DUN Semenyih kosong berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, 57, daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.

Pada PRU-14, Allahyarham Bakhtiar memperoleh 23,428 undi sekali gus mengetepikan Datuk Johan Abdul Aziz daripada BN, Mad Shahmidur Mat Kosim (PAS) dan S. Arutchelvan (PSM). Bakhtiar menang dengan majoriti 8,964 undi. - Bernama

Semenyih

Artikel Sebelum

Sah! Empat penjuru PRK Semenyih

Artikel Berikut

Artikel Lain