TIGA remaja Filipina dipenjara dua tahun dan didenda RM60,000 setiap seorang kerana memiliki sebahagian badan penyu hijau. Hakim Mahkamah Sesyen Tawau, Awang Krisnada Awang Mahmud menjatuhkan hukuman ke atas Kismaru Rismaru, 18, Butlayan Tabiyanan, 19, dan Abdul Gahni Awan, 19, setelah mereka mengaku bersalah. Mereka juga akan meringkuk dalam penjara lagi setahun jika gagal membayar denda. Mereka ditahan pada pukul 4.26 pagi, 6 Februari lalu berhampiran Pulau Ligitan, Semporna dengan sebahagian anggota badan penyu tersebut. Penyu hijau merupakan spesies yang dilindungi. Awang Krisnada berkata, hukuman itu akan menjadi pengajaran untuk mereka dan orang lain di luar sana. - The Star.