suria

KKM akan bentang cadangan mewajibkan suntikan vaksin

Gambar hiasan

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) akan membentangkan cadangan dan dasar supaya suntikan vaksin imunisasi diwajibkan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, KKM mendapat 'desakan' kuat pelbagai pihak supaya kerajaan mempertimbangkan mewajibkan imunisasi vaksin berikutan keengganan ibu bapa mengambil suntikan sehingga menyebabkan berlaku kes kematian.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor anti vaksin dikecam selepas muncul di TV

"Saya akan bawa perkara dalam mesyuarat pasca kabinet KKM, andainya disokong kita akan bawa ke peringkat kabinet pula. 

"Saya percaya akan ada hujah yang menyokong serta menentang cadangan ini, KKM akan pertimbangkan semuanya secara serius," katanya.

Ketika diminta mengulas tahap penolakan suntikan vaksin imunisasi ketika ini, Dr Dzulkefly berkata keadaannya belum membimbangkan namun kadangkala ibu bapa yang menolak vaksin memberikan alasan yang tidak dibuat berdasarkan 'evidence based' atau kajian klinikal.

"Kita akan bentangkan dalam tempoh waktu yang munasabah, kita perlu ada konsultasi dan merujuk kepada pemegang taruh. 

"Sekiranya kita mahu tangani perkara ini dengan baik dan cermat kita perlu ada sesi keterlibatan seperti sesi perjumpaan townhall," katanya. - Bernama

Vaksin

Artikel Lain