SEORANG lelaki warga New Zealand yang tinggal di Malaysia menyaksikan sebuah feri penumpang terbakar di perairan Langkawi. Gordon Smith yang menetap di Malaysia sejak 2015 dan mengendalikan perniagaan perhotelan dan sebuah syarikat fotografi udara berjaya merakam gambar feri itu dijilat api. "Saya baru sahaja menyaksikan kebakaran feri di hadapan Veranda4240, Kuah, Langkawi. "Saya tidak tahu jika ada mangsa yang cedera atau terbunuh. "Feri di sini semuanya dilingkungi dengan pintu keluar yang terhad, ia berlaku 45 minit yang lalu," tulisnya. Menurut laporan NZ Herald, gambar itu menunjukkan api marak dan asap tebal berwarna hitam berkepul di udara. Kata Smith, kawasan itu merupakan pulau bebas cukai dan salah satu destinasi percutian popular di Malaysia. Feri terbakar di perairan Langkawi Posted by Mohamad Fauzan on Monday, February 25, 2019 Memetik laporan The Star, lebih 50 penumpang feri di Kuala Perlis diselamatkan apabila kapal itu terbakar selama beberapa minit setelah berlepas dari Terminal Kuah di sini, pada Isnin. Kebakaran yang berlaku ke atas feri Dragon Star yang membawa 52 orang itu terjadi kira-kira tiga kilometer dari pekan Kuah. Difahamkan bahawa semua 52 penumpang melarikan diri tanpa mengalami kecederaan. Mereka diselamatkan oleh kapal-kapal berhampiran. Pusat operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah diberitahu tentang kebakaran feri itu pada 2.48 petang dan pasukan penyelamat dihantar ke tempat kejadian pada pukul 2.56 petang. Operasi itu diketuai oleh Timbalan Penguasa Bomba Johari Mohd Lazim. Ia melibatkan kakitangan dari stesen Bomba dan Penyelamat Persiaran Putra dan Langkawi. Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, seorang penumpang yang mula-mula menyedari terdapat api di feri itu telah membunyikan penggera kecemasan.