suria

Wawancara Al Jazeera hingga ‘Najib gagal kawal emosi’ menang anugerah

Najib (kanan) bercakap kepada Jolley semasa wawancara 101 East. Foto ihsan Al Jazeera

SESI wawancara penyiar Al Jazeera bersama bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memenangi hadiah 'Wawancara Terbaik' pada Anugerah Royal Television Society Television 2019.

Wawancara yang dikendalikan oleh Mary Ann Jolley dalam program berbahasa Inggeris, 101 East Al Jazeera bertajuk Malaysia: Najib Speaks (Malaysia: Najib Bercakap) memenangi anugerah, menewaskan dua pencabar lain - Max Mosley untuk Channel 4 dan penyanyi British Sir Cliff Richard bagi ITV.

101 East Al-Jazeera di Twitter menulis "@AJ101East is thrilled to announce we've been awarded Interview of the Year at the prestigious @RTS_media Awards in London. Watch @jolleyma's interview with former Malaysia PM @NajibRazak here: http://aje.io/najib " (@AJ101East teruja untuk mengumumkan bahawa kami telah dianugerahkan Wawancara Terbaik pada majlis Anugerah @ RTS_media yang berprestij di London. Tonton wawancara @jolleyma bersama bekas PM Malaysia @NajibRazak di sini: http: //aje.io/najib "

Menurut juri RTS, semua calon merupakan contoh hebat daripada barisan pewawancara.

"Tetapi satu wawancara menonjol kerana keberanian, ketabahan dan kebolehpercayaannya yang segar untuk ditonton - Malaysia: Najib Speaks.

"Walaupun kisah yang difokuskan pada isu yang sedikit mengetahuinya sebelum wawancara itu, ia tidak mengurangi keupayaan penonton untuk memahami mengenai isu yang ditemuramah berkaitan dengan isu penyelewengan," katanya.

Tambah juri, 'pendekatan forensik' penemu ramah tersebut menarik, malah pengetahuannya menggerunkan dan keupayaannya secara berterusan dan sopan cukup luar biasa. 

Semasa wawancara itu dirakamkan pada Oktober tahun lalu, Najib tidak senang duduk apabila diasak dengan soalan-soalan seperti berlian merah jambu dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, Najib kemudian memohon maaf kerana gagal mengawal emosi, dengan mengatakan bahawa beliau memikirkan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan anak-anaknya, Norashman dan Riza Aziz, yang disoal siasat oleh polis ketika itu.

Biarpun wawancara itu melangkaui masa dan skop dipersetujui, Najib berkata, beliau masih ‘memberi muka’ terhadap setiap soalan yang dilontarkan kepadanya. - The Star

Artikel Lain