suria

Lelaki warga Ireland dilaporkan hilang sejak 1 Januari ditemui

Stephen Warde.

WARGA Ireland, Stephen Warde yang dilaporkan hilang di Malaysia pada 1 Januari lalu, telah ditemui.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah mengesahkan berita yang diumumkan di halaman Facebook "Help Find Stephen Warde - in Malaysia" (Bantu Cari Stephen Warde - di Malaysia).

Mesej yang menyebut bahawa Stephen Warde ditemui selamat dan berada dalam keadaan baik di Malaysia, dimuat naik di halaman Facebook tersebut pada Khamis.

Butiran mengenai kehilangan dan penemuannya bagaimanapun masih tidak dijelaskan.

Warde, 32, memasuki Malaysia sebagai pelancong pada 15 November tahun lalu.

Difahamkan, dia dilihat kali terakhir di Mercu Summer Suite di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. - The Star


Stephen Warde

Artikel Lain