suria

Dua lagi suspek cubaan rompak bersenjatakan parang ditahan

Mangsa dapat menyelamatkan diri dengan meluru masuk ke dalam rumah.

POLIS menahan dua lagi suspek dipercaya terlibat dalam cubaan rompak di sebuah rumah oleh sekumpulan 'Mat Moto' di Bukit Kuchai, Serdang baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata dua suspek ditahan pada 27 Februari lalu.

"Suspek berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an, ditahan dalam operasi susulan berikutan penangkapan dua lagi supek selepas cubaan merompak itu pada 21 Februari lalu.

"Kami sedang menyiasat jika suspek mempunyai sebarang rekod jenayah lampau," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: "Hanya dua saat... kalau tidak ayah kena tetak" - Anak menggigil, kongsi kisah bapa dikejar geng samun

Difahamkan seorang lelaki nyaris ditetak sekumpulan perompak bersenjatakan parang sebelum berjaya menyelamatkan diri.

Mangsa Redzuan Harun, 56, bertindak meluru masuk ke dalam rumah dan anaknya, Hazran Adli pula menahan pintu utama menggunakan badannya.

Menurut Hazran, semasa kejadian dia sedang bersiap-siap untuk keluar sebelum terdengar jeritan kuat bapanya.

"Kejadian berlaku amat pantas, tempoh dalam dua saat macam tu untuk ayah selamatkan diri daripada kena tetak. Masa tu ayah dekat luar buka pagar sebab nak alihkan kereta," katanya.

rompak, Bukit Kuchai

Artikel Lain