KEPUTUSAN tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih menunjukkan Barisan Nasional mendahului dengan majoriti 2,222 undi setakat pukul 7.30 malam ini. Calon BN Zakaria Hanafi memperoleh 16,636 undi meninggalkan calon Pakatan Harapan (PH) Muhammad Aiman Zainali mewakili Pakatan Harapan dengan 14, 414 undi. Sementara itu, calon Parti Sosialis Malaysia, Nik Aziz Afiq Abdul dan calon bebas Kuan Chee Heng masing-masing memperoleh kurang 700 undi. Mereka dijangka kehilangan wang deposit masing-masing. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini dilapor menjangkakan keputusan pengundian diumum sebelum pukul 10 malam. PRK Semenyih menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Muhammad Aiman Zainali (PH), Zakaria Hanafi (Barisan Nasional), Nik Aziz Afiq Abdul (Parti Sosialis Malaysia) dan calon Bebas, Kuan Chee Heng. Ia adalah PRK keenam selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018, dengan yang pertama diadakan di DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos, DUN Balakong dan DUN Seri Setia (8 September), Parlimen Port Dickson (13 Oktober) dan Parlimen Cameron Highlands (26 Januari).