GURU yang terpaksa tinggal berasingan dengan pasangannya kerana dihantar bertugas ke negeri lain bukan sahaja terseksa dari segi mental dan fizikal, bahkan kewangan. Mereka digelar sebagai guru duka lara, panggilan dalam kalangan guru sendiri. Mereka yang tidak dapat ditempatkan di daerah dan negeri sama dengan pasangan mereka berkata, mereka terpaksa mengalami keguguran, perceraian, kemurungan dan masalah kewangan. Ada yang mahu membunuh diri dan menangani masalah tekanan. Dua guru yang ditemuramah berkata, mereka mengelar pergelangan tangan mereka dan salah seorang daripda mereka cuba terjun dari bangunan. Bukan sekadar itu, keluarga guru terbabit juga menderita, terutama anak-anak kecil yang terpaksa ditinggalkan bersama datuk nenek mereka atau pasangan suami isteri yang terpaksa membesarkan anak bersendirian. Ada yang berhubung secara jarak jauh menerusi panggilan telefon dan ada yang melihat anak-anak mereka hanya pada musim cuti sekolah. Satu pasangan yang tinggal berasingan selama enam tahun, dengan masing-masing di Kedah dan Kuala Lumpur berkata, mereka tidak tahu berapa lama lagi mereka harus menjalani kehidupan itu. Suaminya menjaga empat anak, berumur antara tujuh bulan dan 10 tahun, di Kedah kerana kos sara hidup di Kuala Lumpur terlalu tinggi. Ribuan guru yang menerima nasib seumpamanya di seluruh negara tidak sabar menunggu laman web perpindahan yang dinamakan egtukar untuk dibuka, supaya mereka boleh membuat permohonan sekali lagi. Bagi kebanyakan mereka, ia merupakan 'acara' tahunan dan mengambil masa banyak tahun serta merayu pelbagai saluran agar permohonan perpindahan mereka diluluskan. Guru-guru memberitahu bahawa mereka mengetahui terdapat kes yang tidak akan diluluskan, dan mereka merupakan kalangan guru yang telah bersara atau berhenti daripada bidang perguruan bagi membolehkan mereka bersama pasangan dan anak-anak. Dengan Kementerian Pendidikan mendakwa ia mencuba sehabis baik untuk menghantar guru-guru bertugas di daerah atau negeri yang sama, pada masa sama banyak pasangan mendapati mereka ditugaskan jauh daripada pasangan berikutan keperluan jenis guru tertentu di sesetengah kawasan. Guru yang bersuara tidak boleh didedahkan identiti mereka kerana bimbang menerima akibatnya daripada pihak kementerian. Tanpa mendedahkan identiti, mereka berkata, ia bukan termaktub dalam peraturan tetapi terdapat syarat ketat yang mana guru tidak seharusnya berkongsi kisah duka lara mereka kepada media. Pelbagai usaha dilakukan bagi mendapatkan 20 guru di seluruh negara berkongsi kisah sediah mereka untuk artikel ini. Daripada 20 guru, 12 daripada mereka melalui kaunseling perkahwinan, empat bercerai, tiga cuba untuk membunuh diri dan enam menghidap kemurungan. Separuh daripada mereka meninggalkan anak-anak bersama ibu bapa di kampung kerana tidak mampu untuk menjaga sendiri. Buat masa ini, selagi sistem tidak berubah, guru-guru memberitahu, guru duka lara ini hanya perlu sabar dan menunggu, atau melakukan tindakan yang melampaui batas atau bersara mahupun berhenti daripada mengajar. - The Star