suria

Isteri CEO Cradle Fund, 2 remaja bakal didakwa kerana membunuh

Allahyarham Nazrin Hassan.

ISTERI Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Allahyarham Nazrin Hassan dan dua remaja dijangka didakwa kerana membunuh, pada Isnin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat berkata, Samirah Muzaffar, 45, dan dua remaja berusia 15 dan 17 tahun, ditahan di rumah mereka kira-kira pukul 6.45 pagi Isnin.

"Mereka dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pukul 2 petang hari ini," katanya.

Nazrin, 45, maut dalam kebakaran di kediaman dua tingkatnya pada 14 Jun 2018.

Polis mengklasifikasi semula kes itu sebagai pembunuhan berikutan siasatan forensik oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Pada 8 Oktober lalu, kubur Allahyarham digali semula untuk bedah siasat kedua.

Patologi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sedang menyiapkan laporan lengkap mengenai bedah siasat kedua.

Beberapa individu telah direman dan dibebaskan dalam siasatan kes pembunuhan, termasuk isteri Nazrin, bekas suaminya serta pasangan suami isteri yang dikaitkan dengan balu Nazrin dan dua remaja. - The Star

Cradle Fund, Nazrin Hassan.

Artikel Lain