suria

Pelajar warga Sweden maut jatuh kondo

Gambar sekadar hiasan.

SEORANG pelajar perempuan warga Sweden ditemui maut dipercayai terjatuh dari tingkat empat rumah sewanya di kondominium Sri York di George Town, malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Zaimani Che Awang berkata, kejadian itu disedari pengawal keselamatan di kondominium berkenaan kira-kira 8.45 malam, sebelum memaklumkan penemuan mayat Mridu Kaul, 22, di tingkat bawah premis tersebut.

"Berdasarkan siasatan, mangsa pelajar sebuah kolej perubatan swasta di George Town tinggal di tingkat empat kondominium berkenaan bersama seorang rakan serumah, namun semasa kejadian rakan wanitanya itu tiada di rumah," katanya di George Town, Ahad.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut serta tiada unsur jenayah. - Bernama

Artikel Lain