suria

Doktor ditemui mati di bilik hotel

Gambar sekadar hiasan.

SEORANG doktor berusia 34 tahun ditemui mati di bilik hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, pasukan polis ke lokasi kejadian pada kira-kira pukul 2 petang, selepas menerima panggilan daripada seorang kakitangan hotel yang melaporkan mengenai seorang lelaki tidak sedarkan diri di dalam bilik.

"Doktor tersebut, dari Seremban, telah pun meninggal dunia sebaik pasukan kami tiba.

"Bedah siasat yang dijalankan ke atas individu pagi ini (Rabu) menunjukkan terdapat cecair, dipercayai sodium chloride (natrium klorida) disuntik pada lengan kirinya," katanya dalam satu kenyataan.

Aidi berkata, siasatan polis menunjukkan tiada kecederaan pada badan lelaki tersebut.

"Kita mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut, tetapi siasatan terus dijalankan," katanya, sambil menambah bahawa doktor-doktor di Hospital Port Dickson juga tidak dapat menentukan punca kematian. - The Star

Artikel Lain