suria

Misteri bau busuk rumah jiran terjawab, lelaki ditemui mati selepas tiga hari

Gambar sekadar hiasan.

BAU busuk yang dihidu jiran sejak Sabtu, sebelum menghubungi pemilik rumah akhirnya membawa kepada penemuan mayat penyewa kediaman itu di Taman Sunway Tunas, Bayan Lepas dekat George Town, Ahad.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan A.A Anbalagan berkata, pemilik rumah itu terus ke rumahnya dan menemui mayat jurutera berkenaan dalam sebuah bilik di premis tersebut kira-kira pukul 10 pagi. 

"Mangsa, Ooi Boon Khuan, 29, dipercayai telah mati sejak tiga hari lepas, dan tiada penyewa lain menyedari kematian lelaki itu. Rumah berkenaan disewa tujuh lelaki," katanya di Georget Town, Ahad.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa yang masih bujang dan berasal dari Simpang Empat Kangkong, Kedah itu ada mengadu sakit perut dan telah mendapat rawatan di sebuah klinik berdekatan.

"Lelaki itu dipercayai menghidap sakit gastrik dan ada mengambil ubat berhubung penyakitnya itu. Bagaimanapun bedah siasat mendapati mangsa mati disebabkan masalah jantung," katanya. - Bernama

Artikel Lain