suria

10 maut ke tempat kerja, bas terjunam dalam longkang

Sebuah bas pekerja yang terjunam ke dalam longkang besar. Foto Facebook Info Kemalangan Jalan Raya

SEPULUH terbunuh dalam kejadian sebuah bas terjunam ke dalam longkang besar di Jalan S8 Pekeliling, berhampiran MAS Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor pada Ahad.

Dalam kejadian pukul 11.10 malam itu, lapan mangsa warga asing dan seorang pemandu bas warga tempatan maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi warga asing meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Serdang.

Ketua Polis KLIA, Asisten Komisoner Zulkifli Adamshah berkata, bas itu membawa 43 penumpang yang merupakan pekerja kontrak MAS Kargo.

Difahamkan ketika kejadian, bas tersebut dalam perjalanan dari Nilai, Negeri Sembilan, dan menuju ke tempat kerja penumpang.

Setakat ini, dipercayai pemandu hilang kawalan sebelum bas terjunam ke dalam longkang.

Seramai 34 penumpang lain dihantar ke beberapa hospital, termasuk Hospital Kajang, Serdang dan Putrajaya bagi menerima rawatan.

Punca nahas sedang disiasat. - The Star

bas kilang

Artikel Lain