SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) mengumumkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai pemenang pilihan raya kecil Rantau dengan 10, 397 undian. Mohamad menang dengan majoriti 4,510 sekaligus menewaskan lawan utamanya, Dr S.Steram dari Pakatan Harapan yang mengumpul 5,887 undian. Calon bebas R.Malarvizhi dan Mohd Nor Yassin memperoleh 83 dan 79 undian. ARTIKEL BERKAITAN: Kemenangan Mohamad Hasan sebagai Adun Rantau batal ARTIKEL BERKAITAN: Empat penjuru di PRK Rantau Pada 8.10 malam Sabtu, SPR mengumumkan peratus keluar mengundi sebanyak 79.3 peratus, lebih tinggi daripada jangkaan awal sebanyak 70 peratus. Pada Pilihan Raya Umum ke-14(PRU14) tahun lepas, Mohamad menang tanpa bertanding apabila Dr Steram gagal menyerahkan borang pencalonannya pada 9 Mei 2018. Dr Steram kemudiannya memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan itu pada 23 Mei 2018. Mohamad turut memfailkan rayuan terhadap keputusan kemenangannya yang dibatalkan. Mahkamah Persekutuan menolak petisyen yang difailkan Mohamad dan mengumumkan kemenangannya terbatal dan tidak sah. - The Star.