suria

Pegawai JPJ antara 31 ditahan SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 31 individu termasuk pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dipercayai melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya di Pulau Pinang.

Mereka yang ditahan termasuk 23 pegawai penguat kuasa dari JPJ Pulau Pinang.

Penahanan dibuat di pejabat SPRM di Pulau Pinang antara pukul 10 pagi dan 4 petang Selasa.

Menurut sumber, lapan individu yang ditahan adalah orang awam yang merupakan proksi, orang tengah dan pemilik syarikat.

Sumber juga memberitahu, pegawai penguat kuasa dipercayai menerima bayaran bulanan, berjumlah antara RM10,000 dan RM32,000.

"Bayaran itu adalah sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya.

"Bayaran itu juga untuk mendapatkan tip, yang mana syarikat dan pemandu menerima maklumat mengenai operasi JPJ," kata sumber.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki yang mengesahkan penangkapan itu berkata, operasi besar-besaran tersebut dikendalikan oleh pegawai SPRM dari ibu pejabat, dengan kerjasama anggota SPRM cawangan Pulau Pinang. - The Star

SPRM, JPJ

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain