suria

Doan keluar Penjara Wanita Kajang pagi 3 Mei ini

DOAN Thi Huong, tertuduh kes pembunuhan abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan alternatif akan dibebaskan pada 3 Mei ini.

Warga Vietnam berusia 30 tahun itu akan keluar dari Penjara Wanita Kajang pada 9 pagi, Jumaat minggu depan.

Persiapan sedang dilakukan untuk Doan menaiki pesawat pulang ke negaranya pada hari sama.

Menurut peguamnya, Datuk Naran Singh, Doan akan menaiki pesawat Vietnam Airlines pada Jumaat petang.

Keluarga Doan telah dimaklumkan berhubung perkara ini.

Pada 1 April lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun empat bulan ke atas Doan selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas Kim Chol menggunakan racun VX, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dua tahun lalu.

Pada 11 Mac pula, mahkamah sama melepaskan tanpa membebaskan Siti Aisyah, seorang warga Indonesia, iaitu seorang lagi tertuduh kes bunuh Kim Jong-nam.

Doan, Vietnam, Kim Jong-nam

Artikel Lain