"BIAR mahkamah jalankan tugasnya," kata Datuk Seri Bung Moktar Radin di laman Twitternya selepas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu. Beliau memberi respon itu selepas pengikutnya meminta komen berkaitan dengan penahanan tersebut. Ahli Parlimen Kinabatangan itu juga turut memuat naik posting di Twitter: 'InsyaAllah, perjalanan hidup kita ditentukan oleh Allah dan tidak ada yang dikecualikan, kebenaran akan menjadi benar." ARTIKEL BERKAITAN: SPRM sahkan tahan Bung Moktar, Zizie... didakwa Jumaat "Bung Moktar ditahan pada pukul 10.50 pagi (Rabu) di SPRM Sabah manakala Datin Seri Zizie Izette A. Samad di SPRM Putrajaya pada pukul 11.15 pagi selepas mereka hadir untuk melengkapkan siasatan akhir berkenaan kes rasuah melibatkan Felcra, menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh SPRM. Air port Kota Kinabalu otw to KL, kalau dah masuk gelangang politik kita harus bersedia berhadapan dgn semua kemungkinan pic.twitter.com/sT6IAkfQMr — Bung Moktar Radin (@MyKinabatangan) May 1, 2019 Kedua-dua mereka memberikan kerjasama penuh kepada SPRM sewaktu ditahan dan dibebaskan selepas lebih kurang lapan jam kenyataan mereka direkodkan, dengan jaminan SPRM. Kenyataan media SPRM juga mengesahkan telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad itu dan isterinya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat ini. Moktar dan Zizie bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009.