suria

Harga RON97 turun 10 sen, RON95 & diesel kekal

Harga RON95 dan diesel kekal sama seperti minggu lalu.

KEMENTERIAN Kewangan pada Jumaat mengumumkan harga runcit petrol RON97 turun 10 sen seliter kepada RM2.70 seliter, manakala harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter bagi tempoh 11 Mei sehingga 17 Mei.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat, kementerian itu berkata pengekalan kedua-dua harga runcit RON95 dan diesel itu adalah selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit petroleum selain mengurangkan kos sara hidup rakyat.

"Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan adalah menggunakan Automatic Pricing Mechanism (APM), yang mana harga runcit petrol RON97 turun 10 sen seliter iaitu daripada RM2.80 seliter kepada RM2.70 seliter.

"Manakala bagi harga runcit petrol RON95 dikekalkan pada paras RM2.08 seliter, dan diesel juga dikekalkan pada paras RM2.18 seliter," demikian menurut kenyataan itu.

Kementerian juga berkata anggaran subsidi petroluem yang perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh 11 sehingga 17 Mei adalah berjumlah RM103.76 juta. - BERNAMA

RON95, RON97, diesel, harga minyak

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan