KEMENTERIAN Kewangan pada Jumaat mengumumkan harga runcit petrol RON97 turun 2 sen bagi tempoh 18 hingga 24 Mei ini.
Menurut Kementerian itu, harga RON97 berkurang daripada RM2.70 seliter kepada RM2.68 seliter.
Harga diesel dan petrol RON95 pula masing-masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter, dalam tempoh sama.
Penetapan harga itu berkuat kuasa bermula 12.01 pagi, Sabtu (18 Mei).
Bagi minggu-minggu yang seterusnya, harga runcit akan diselaraskan semula mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM). - The Star.