suria

Prima Aidilfitri hangatkan riang ria raya KWC Fashion Wholesale

SYAWAL datang lagi. Dengan tibanya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, orang ramai pastinya teruja untuk membuat persiapan khusus untuk hari lebaran.

Gedung Kenanga Wholesale City (KWC) Fashion Wholesale yang dibuka di Kuala Lumpur sejak Oktober 2011, pastinya pilihan cukup sempurna untuk seisi keluarga membeli-belah rangkaian produk berkualiti yang ditawarkan pada harga borong.

Bagi menambah keriangan Syawal buat pengunjung, KWC Fashion Wholesale mengadakan kempen Hari Raya bertemakan Prisma Aidilftri bermula 11 Mei hingga 2 Jun 2019.

Dekorasi indah dan kreatif menyambut pengunjung di pintu masuk utama. Foto KWC Fashion Wholesale

Dengan mengekalkan amalan tradisi, gedung yang tersegam indah di tengah ibu kota ini rancak mengadakan gotong royong, sebagai satu usaha komuniti untuk golongan yang memerlukan.

Berkolaborasi dengan badan bukan kerajaan (NGO), Muslim Volunteer Malaysia (MVM), KWC Pengagihan Bubur Lambuk bakal diadakan pada pukul 3 petang Rabu, 22 Mei ini.

Usahasama yang murni ini akan menyaksikan kira-kira 1,500 bungkusan bubur lambuk yang dimasak secara eksklusif oleh kakitangan KWC Fashion Wholesale dan 100 sukarelawan MVM.

Gaya terkini untuk wanita Muslimah. Foto Ong Soon Hin

Bersempena dengan acara itu, 10 keluarga yang kurang berkemampuan baik turut dipilih untuk menerima sumbangan pakaian Hari Raya bagi memeriahkan sambutan Aidilfitri mereka.

Selain itu, pertunjukan fesyen juga bakal memeriahkan lagi kempen Prisma Aidilfitri di KWC Fashion Wholesale pada Sabtu, 18 Mei ini.

Daripada lebih 800 peruncit di KWC, pilihan gaya glamor dengan rekaan tradisional dan moden kontemporari yang memukau mata tidak harus dilepaskan.

Pelanggan, Muhamad Azani (kanan) sedang mencuba baju Melayu sambil ditemani isteri. Foto Ong Soon Hin

Sementara menanti hari lebaran, pengunjung turut disajikan dengan bazar Ramadan yang menghimpunkan 32 gerai jualan pelbagai hidangan dan manisan tradisi Melayu.

Dengan keenakan dan kepelbagai makanan yang terhidang di depan mata untuk dibeli, pengunjung pasti dapat menikmati juadah berbuka puasa dengan menepati citarasa. 

Bazar Ramadan ini dibuka dari pukul 12 tengah hari hingga 9 malam.

Bazar Ramadan untuk pilihan juadah berbuka puasa. Foto KWC Fashion Wholesale

Bagi menambah kemeriahan Prisma Aidilfitri, waktu operasi KWC Fashion Wholesale dilanjutkan, di mana bermula 18 Mei hingga 2 Jun, ia dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam.

Bagi menghangatkan lagi suasana menjelang 1 Syawal, pengunjung berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah yang membolehkan pemenang membawa pulang sebuah televisyen 40 inci pada Hari Raya ini.

Bukan setakat itu, menerusi cabutan bertuah '#KonfemDapat' juga pengunjung berpeluang merebut pelbagai hadiah lain seperti perkakasan dan barangan elektrik dapur berupa pembersih hampagas, ketuhar, cerek eletrik dan periuk tekanan.

Aneka makanan dan minuman memenuhi citarasa pengunjung. Foto KWC Fashion Wholesale

Semuanya bakal menjadi realiti dengan pembelian RM350 dan ke atas, di mana pengunjung berpeluang menyertai cabutan bertuah #Konfemdapat.

Ternyata KWC Fashion Wholesale wajar menjadi pilihan terbaik sebagai destinasi untuk membeli-belah buat seisi keluarga, terutama bagi persiapan Hari Raya.

KWC Fashion Wholesale menawarkan pakaian Muslimah, lelaki, wanita dan kanak-kanak, juga barangan lain seperti kasut, beg, aksesori, produk kesihatan dan kecantikan serta kelengkapan kediaman.

Nordiana (kanan) bukan sahaja berbelanja untuk keluarga, bahkan mendapatkan sumber untuk berniaga secara dalam talian. Foto Ong Soon Hin

Sempena Hari Raya, gedung ini turut menawarkan koleksi raya terkini seperti busana moden Muslimah, baju kurung peplum, baju Melayu dan baju raya sedondon.

Lebih banyak yang dibeli, lebih banyak penjimatan kerana semuanya dijual pada harga borong.

Muhamad Azani Maarup, 38, sudah beberapa kali dia mengunjungi gedung itu sama ada bersama keluarga atau sekadar menemani isteri.

"Bagi saya, KWC Fashion Wholesale merupakan lokasi yang mudah untuk membeli-belah, seperti pusat sehenti dengan pilihan yang lebih variasi.

"Bukan sekadar untuk musim perayaan seperti Hari Raya, tetapi berbelanja di sini memang berbaloi sepanjang tahun," kata jurutera yang juga bapa dua anak itu.

Keselesaan dalam membeli-belah di KWC Fashion Wholesale. Foto Ong Soon Hin

Bagi Nordiana Abdul Wahid pula, kunjungannya ke KWC Fashion Wholesale ibarat jatuh cinta pandang pertama kerana pelbagai barangan menarik ditawarkan pada harga borong.

"Melihatkan banyak pakaian yang berkualiti dengan harga borong, memberikan idea kepada saya untuk membeli secara pukal dan dijual secara dalam talian.

"Berbelanja di KWC Fashion Wholesale merupakan satu kemestian kerana saya bukan sekadar membeli untuk diri sendiri dan keluarga, tetapi turut mendapatkan bekalan bagi mencari sumber pendapatan," katanya wanita berusia 34 tahun itu, sambil menambah gedung itu memanfaatkan pengguna dan peniaga di bawah satu bumbung.

Persembahan tradisional menghangatkan kempen Prisma Aidilfitri. Foto KWC Fashion Wholesale

Kempen Prisma Aidilfitri turut menghidangkan pelbagai persembahan dan bengkel pada hujung minggu yang membuatkan pengunjung tidak sabar untuk menanti 1 Syawal.

KWC Fashion Wholesale menyerlahkan gaya unik anda seisi keluarga terutama fesyen muslimah di bawah satu bumbung di bangunan ikonik KWC di Jalan Kenanga, Kuala Lumpur.

Persembahan menggunakan alat muzik tradisional menghidupkan suasana lebaran. Foto KWC Fashion Wholesale

Bertepatan dengan tagline 'KWC Fashion Wholesale - I Love fesyen pada harga borong', segala-galanya ada di sini buat mereka yang mahukan kepuasan membeli-belah.

Maklumat lanjut boleh layari laman web kenangacity.com.my atau laman sosial Facebook dan Instagram KWC Fashion Wholesale.

Artikel Lain