suria

Pemandu Grab hilang sejak Sabtu lalu, darah ditemui dalam kereta

KELUARGA pemandu Grab yang masih hilang Mohd Hanafiee Jaffar merayu supaya lelaki itu kembali dengan selamat.

Pemuda berusia 27 tahun itu didapati hilang awal pagi Sabtu lalu.

Adik perempuannya, Nur Ain, 25, mendesak orang ramai untuk menghubungi keluargannya pihak polis atau hospital jika bertemu dengan Hanafiee.

Dia juga menolak posting yang menjadi tular di media sosial mendakwa Hanafiee telah dibunuh atau telah pulang ke rumah.

"Ini tidak benar, sila berhenti berkongsi mesej palsu itu. Lebih penting sila beritahu kami dengan segera jika anda mempunyai maklumat mengenai abang saya," katanya.

"Kami hanya tahu bahawa kali terakhir dia dilihat bersama kawan-kawannya.

"Kami tidak pasti sama ada dia telah memulakan syif perkhidmatan Grab hari itu.

Biasanya dia akan mula mengambil penunggang selepas bersahur 4 pagi hingga 7 pagi setiap hari," jelasnya.

Nur Ain berkata Hanafiee tinggal bersama ibu mereka di Kingfisher, Sulaman, dan dia pulang ke rumahnya di Kota Belud ketika kehilangan dilaporkan.

Adiknya itu menggambarkan Hanafiee sebagai orang yang baik yang sukakan permainan video.

Hanafiee merupakan anak kedua daripada lima adik beradik.

Menurut laporan polis yang dikemukakan oleh teman wanita Hanafiee, kereta itu ditemui di kawasan berhampiran Bazar Ramadan di Indah Permai kira-kira 12.30 pagi Ahad.

Dia memberitahu, kereta itu dikunci dan kosong, kelihatan darah di bahagian stereng, brek tangan, pintu depan dan cermin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji mengesahkan laporan itu diterima, dan mengatakan bahawa ia sedang disiasat sebagai kes orang hilang.

Pemandu Grab, hilang, Sabah

Artikel Lain