suria

Umat Islam di Malaysia raikan Aidilfitri Rabu ini

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, pada Isnin.

UMAT Islam di negara ini bakal meraikan Hari Raya Aidilfitri pada Rabu (5 Jun).

Ia diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, pada Isnin.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Rabu, 5 Jun 2019," katanya.

Pengumuman itu dibuat menerusi siaran televisyen tempatan. - The Star.

Artikel Lain