suria

Pembersih hampagas tanpa wayar Panasonic jadikan hidup anda lebih mudah!

(dari kiri, belakang) Pengurus Besar Jabatan Pemasaran Perkakas Rumah dan Jabatan Komunikasi Audio Visual Panasonic Malaysia, Ng Hong Ping; Pengarah Urusan Panasonic Malaysia Sdn Bhd, Cheng Chee Chung dan Timbalan Pengarah Utusan Panasonic Malaysia, Hiroyuki Muto bersama pasangan yang beraksi dalam video dan membuat persembahan secara langsung pada majlis pelancaran Pembersih Hampagas Tanpa Wayar Panasonic yang baharu, di Colony KLCC, Kuala Lumpur.

SESETENGAH pihak berpendapat memvakum adalah sesuatu yang membosankan. Namun, Panasonic membantu anda membersih ruang dengan cara yang tidak pernah anda bayangkan. Terima kasih Panasonic!

Dengan slogan Free Your Moves, Panasonic memperkenalkan pembersih hampagas tanpa wayar terbaharunya - MC-BJ980.

Direka dengan kuasa sedutan sekuat 200 watts, ia merupakan kuasa paling tinggi dalam sejarah Panasonic menerusi motor berkuasa tinggi yang baharu dibangunkan.

Pembersih hampagas ini boleh digunakan tanpa henti sehingga 65 minit dengan tempoh pengecasan penuhnya selama tiga jam.

Tempoh penggunaan yang lama itu disumbangkan oleh lapan bateri sel ion litium berkapasiti tinggi yang terdapat pada pembersih hampagas.

Kekuatan itu sudah cukup untuk membersihkan keseluruhan rumah!

Seiring dengan perubahan trend semasa, gaya hidup yang pantas menyebabkan permintaan dalam pasaran beralih dari pembersih hampagas rumah biasa kepada pembersih hampagas tanpa wayar.

Panasonic percaya ia adalah kekuatan jenama untuk menjadikan kehidupan pengguna lebih mudah.

Antara ciri-ciri utama pembersih hampagas tanpa wajar adalah sensor pengesan debu rumah yang mengesan hama habuk sehingga 20μm (saiz hama habuk).

Promoter Panasonic, Dexter Yap menunjukkan bagaimana Pembersih Hampagas Tanpa Wayar Panasonic yang baharu boleh menyedut habuk daripada patung Teddy Bear, yang sering disimpan dalam bilik kanak-kanak, semasa demonstrasi pada majlis pelancaran produk di Colony KLCC,  Kuala Lumpur.

Semasa sesi pengenalan produk, kakitangan Panasonic melakukan demonstrasi bagi menunjukkan daya sedutan pembersih hampagas yang baharu, yang boleh mengangkat sekeping logam 12 kilogram. 

"Apabila sensor mengesan habuk, warna akan bertukar kepada merah, dan ia akan bertukar kepada biru selepas ia dibersihkan. Pembersih hampagas ini mempunyai muncung sedutan untuk membersihkan tilam dan katil untuk memastikan ruang lebih bersih," kata Promoter Panasonic, Dexter Yap.

Di samping itu, ia mempunyai muncung penangkapan penuh yang membersihkan sudut dan tepi dengan cekap melalui reka bentuk yang unik dan mampu membersihkan semua jenis lantai.

Ia mempunyai berus berbentuk V yang mengumpul kotoran dan habuk ke pusat muncung supaya mudah dikosongkan. 

Ia turut dilengkapi kotak penapis debu berganda, yang menyaring dan menghilangkan bahan tersumbat.

Pembersih Hampagas Tanpa Wayar Panasonic terbaharu mempunyai pengesan debu automatik di mana sensor akan berubah warna kepada merah sekiranya terdapat habuk pada kawasan berkenaan, dan biru sekiranya sudah dibersihkan.

Selain itu, ia merupakan perkakas rumah pertama yang menggunakan resin serat selulosa dan beratnya hanya 2.6 kilogram.

Pemegang dan muncung berada dalam kedudukan lurus, sekali gus memberikan kepantasan yang mudah, manakala bentuk yang unik direka untuk pengendalian dan cengkaman mudah. 

Reka bentuk kusyen slip-proof menjadikannya mudah untuk ditegakkan dan disandarkan pada dinding.

Pembersih hampagas baharu dari Jepun ini boleh didapati dalam warna putih dan merah, dan dijual pada harga RM2,999 seunit.

"Ketika ini, permintaan terhadap pembersih hampagas tersebut meningkat disebabkan ciri tanpa wayar yang memudahkan pengguna, selain banyak tambahan ciri canggih pada produk tersebut," kata Pengarah Urusan Malaysia Sdn Bhd, Cheng Chee Chung.

"Kami telah berjaya mencapai sedutan kuat, tempoh pengendalian yang panjang, mudah digunakan, di samping dapat menghasilkan ruang  bersih menerusi pembersih hampagas bilah tanpa wayar terbaharu ini, sesuai dengan usaha kami meningkatkan gaya hidup rakyat Malaysia," tambahnya.

Menurut Timbalan Pengarah Urusan Panasonic Malaysia, Hiroyuki Muto, sebanyak 300 pembersih hampagas yang baharu ditawarkan untuk pasaran tempatan pada Mei tahun ini.

"Kami menyasarkan golongan muda terutama milenium, untuk membeli pembersih hampagas yang baharu ini. Ia sangat mudah dan boleh digunakan dengan pantas untuk pembersihan," katanya.

Pengurus Besar Pemasaran Jabatan Perkakas Rumah dan Jabatan Komunikasi Audio Visual Panasonic Malaysia, Ng Hong Ping berkata, syarikatnya memperkenalkan lima jenis pembersih hampagas sejak beberapa tahun, iaitu robotik, tanpa wayar, kanister dengan beg, kanister tanpa beg dan tangki. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman https://www.panasonic.com/my/consumer/home-appliances/vacuum-cleaner/stick-type/mc-bj980w147-r147.html

Panasonic, pembersih hampagas

Artikel Lain