suria

Lelaki mengaku bunuh teman wanita gara-gara cemburu

Mayat wanita disumbat di dalam sebuah kotak oleh teman lelakinya.

DUA lelaki berusia 30-an ditangkap kerana membunuh seorang wanita di Setia Indah.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, mayat mangsa berusia 33 tahun itu disimpan dalam kotak sebelum dibuang di tepi jalan di kawasan perindustrian di Jalan Setia 4/6, Taman Setia Indah.

"Mangsa dilaporkan hilang pada Jumaat lepas lalu. Kali terakhir dilihat keluar  rumahnya di Taman Sri Putri, Skudai, pada 28 Mei lalu dan kali terakhir dihubungi oleh keluarganya pada 29 Mei.

"Penangkapan itu dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) dan Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap) (D7) di sebuah premis di Jalan Setia 10 / 3B, Taman Setia Indah," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

"Suspek pertama, lelaki berusia 35 tahun yang juga teman lelaki mangsa, mengaku membubuh dan membawa pasukan polis ke lokasi tempat dia membuang mayatnya.

"Suspek dan si mati telah menjalin hubungan selama lapan tahun dan mangsa dibunuh akibat cemburu," katanya.

Mohd Kamarudin menjelaskan bahawa mangsa dipercayai sedang mandi telah dipukul dengan tangan dan paip getah menyebabkan kematiannya.

Tubuhnya kemudian ditutup dengan kanvas plastik sebelum disimpan di dalam sebuah kotak.

"Ketika mayat mula berbau,  memutuskan untuk menutup tubuh dengan plaster siling sebelum memanggil suspek kedua, seorang lelaki berusia 32 tahun, untuk membantunya membuang mayat tersebut," katanya.

Mayatnya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk postmortem. Kedua-dua suspek positif diuji untuk methamphetamine dan juga mempunyai rekod jenayah.

Tambah Mohd Kamarudin, kedua-dua suspek kini ditahan reman dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana pembunuhan, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

bunuh, teman wanita, semburu

Artikel Lain