suria

Harga RON97 turun, RON95 dan diesel kekal

HARGA runcit RON97 turun 3 sen kepada RM2.38 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter, bagi tempoh 22 hingga 28 Jun, bermula tengah malam ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng, dalam kenyataan hari ini berkata pengekalan kedua-dua harga runcit RON95 dan diesel itu adalah selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit petroleum selain mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Menurutnya, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan adalah menggunakan Automatic Pricing Mechanism (APM), yang harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.08 seliter dan RM2.19 seliter masing-masing.

"Namun harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter," katanya.

Lim berkata penurunan adalah berikutan harga produk petroleum yang diproses dalam pasaran dunia menunjukkan trend penurunan susulan penurunan purata harga minyak mentah Brent berbanding minggu sebelumnya. -Bernama

harga minyak, Lim Guan Eng, RON97, diesel

Artikel Lain