SEBUAH klip video baharu menunjukkan bekas pegawai menteri, Haziq Abdullah Abdul Aziz dan seorang lelaki yang didakwa mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali muncul di YouTube, sementara versi penuh berdurasi sembilan minit itu dimuat naik ke laman web video lucah. Seperti beberapa kli video terdahulu, video YouTube tersebut mungkin akan dipadam kerana melanggar piawaian komuniti laman perkongsian fail video berkenaan, kerana menunjukkan dua lelaki bogel di atas katil menghadap televisyen yang menyiarkan program berita. ARTIKEL BERKAITAN: “Sayalah individu bersama…” - Pemuda dikaitkan dalam video seks bersama lelaki didakwa mirip menteri buat pengakuan ARTIKEL BERKAITAN: Azmin dakwa video seks kerja jijik, komplot jahat jatuhkan karier politiknya ARTIKEL BERKAITAN: Karier politik berakhir, Haziq dedah detik awal pertemuan... “Beliau seorang yang sangat menawan” Haziq, yang membuat pengakuan sebagai salah seorang lelaki dalam video terdahulu, dilihat bangun dari katil, manakala lelaki kedua yang didakwa Haziq adalah Azmin sedang menggunakan telefon bimbit. Beberapa pantulan cahaya berpunca daripada skrin peranti, sama seperti berkelip apabila gambar diambil. Haziq kemudian dilihat berjalan di sekitar bilik selepas memakai jubah mandi. Video yang bertajuk No Way itu dimuat naik pada lewat malam Selasa. Sementara itu, video berdurasi sembilan minit turut dimuat naik di Pornhub. Video tersebut berjudul Scandal Azmin Ali Full dikatakan versi penuh mengandungi beberapa klip video yang tular sejak beberapa minggu lalu. Susulan pengakuan itu, Haziq ditamatkan perkhidmatannya sebagai setiausaha sulit kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama. Dia mendakwa insiden di dalam video berkenaan berlaku di sebuah hotel pada 11 Mei lalu semasa kempen pilihan raya kecil (PRK) Sandakan. Azmin menafikan sebarang penglibatan dalam video seks dan menyifatkannya sebagai satu komplot untuk menjatuhkan karier politiknya. Polis menyiasat berhubung perkara tersebut. - The Star