suria

Jijik! Restoran briyani terkenal diarah tutup sementara... ada najis tikus, bangkai cicak

Tikus merupakan haiwan perosak. Gambar sekadar hiasan

SEBUAH restoran nasi bryani yang terkenal di Lebuh Chulia di George Town, Pulau Pinang diarahkan ditutup selama dua minggu selepas najis tikus dan bangkai cicak ditemui di dapur premis itu.

Pegawai kesihatan pada Rabu mendapati kawasan untuk penyediaan makanan di premis tersebut tidak bersih.

Notis dikeluarkan di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983, yang mengarahkan restoran itu melakukan pembersihan menjelang 23 Julai depan.

Selepas tiga hari selepas notis dikeluarkan, pegawai kesihatan akan melakukan pemeriksaan dan sekiranya mereka berpuas hati dengan keadaan restoran tersebut selepas ia dibersihkan, premis itu mungkin dibenarkan dibuka semula.

Restoran berkenaan, yang menyediakan pelbagai hidangan tempatan di jalan yang sibuk itu, begitu terkenal dalam kalangan pelancong.

Ia merupakan kali kedua restoran tersebut diarahkan tutup oleh pihak berkuasa, kali terakhir pada Julai tahun lalu. - The Star

nasi briyani, tikus, cicak, kesihatan

Artikel Lain