suria

Ketahui kelebihan nama domain .MY dan usaha MYNIC membantu meningkatkan kebolehpercayaan laman web anda

Majlis Menandatangani Kerjasama Strategik MYNIC dan CentralNic di Ibu Pejabat MYNIC, Menara Cyber Axis Cyberjaya. Foto MOHD SAHAR MISNI

KECOH kebelakangan ini pelanggan sering menjadi mangsa penipuan atau scam akibat terlalu percaya dengan produk dan perkhidmatan yang dicanangkan di laman media sosial.

Sudahnya, taktik indah khabar dari rupa itu membuatkan pelanggan mula berasa sangsi dengan peniaga-peniaga secara dalam talian sekali gus menghilangkan kepercayaan mereka. 

Jika semakin menjadi-jadi, yang menerima kesannya sudah tentu peniaga-peniaga lain yang selama ini menjalankan perniagaan mereka secara berhemah.

Namun, ada penyelesaian bijak buat peniaga-peniaga tempatan daripada bisnes yang berskala kecil sehingga yang berskala besar dan penggunaan nama domain .MY adalah jawapannya!

Mungkin ada yang berpendapat alamat web yang diakhiri .com kedengaran lebih bersifat global, tetapi nama domain .MY yang dikendalikan oleh MYNIC lebih banyak kelebihan.

Antara kelebihan nama domain .MY:

1. Ranking Tinggi dalam Enjin Carian Utama

Pencarian laman web anda mudah dan pantas oleh pelanggan. Ini kerana ranking laman web anda naik di kedudukan paling tinggi menerusi enjin carian utama seperti Google.

2. Pasaran luas

Carian yang lebih mudah dan pantas membolehkan ia diakses dari seluruh dunia, sekali gus produk dan perkhidmatan anda lebih dikenali, dan pasaran dapat diperluaskan sehingga ke peringkat global.

3. Jaminan keselamatan

Setiap pengguna nama domain .MY didaftarkan di bawah MYNIC yang merupakan agensi kerajaan, keselamatan lebih terjamin sekiranya berlaku penipuan. Ini kerana pendaftaran nama domain .MY adalah sah dan sekali gus meningkatkan kebolehpercayaan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan anda.

4. Perlindungan penjenamaan digital

Setiap perniagaan haruslah memastikan jenama perniagaan kekal hak mutlak mereka. Dengan memiliki nama domain .MY ia mampu menonjolkan jenama dan secara tidak langsung juga kredibiliti dan profesionalisme perniagaan dapat ditingkatkan. 


Hasnul Fadhly (kanan) dan Benjamin pada Majlis Menandatangani Kerjasama Strategik MYNIC dan CentralNic.

MYNIC memainkan peranan penting dalam memacu ekonomi digital dengan peranannya sebagai pendaftar dan pentadbir nama domain .MY yang merupakan salah satu pemboleh ubah terpenting di dalam ekosistem ekonomi digital.

Sebagai agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), MYNIC komited memastikan nama domain .MY diyakini dalam kalangan penggunanya dengan menaiktaraf Sistem Nama Domain (DNS). 

Usaha berterusan telah dijalankan termasuklah menjalinkan kerjasama strategik di antara MYNIC dengan CentralNIC bagi membangunkan DNSSEC Managed Services dan DNS Anycast.

Dengan adanya DNSSEC Managed Services, sistem pengesahan nama Domain yang lebih ketat dan perlindungan integriti data dapat dibuat di mana ia dapat mengelakkan sebarang modifikasi tehadap nama domain .MY daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. 

DATUK HASNUL FADHLY HASAN

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (CEO) MYNIC

CentralNic adalah peneraju nama domain di peringkat dunia untuk domain peringkat tinggi umum (gTLD) dan domain peringkat tertinggi kod negara domain (ccTLD) serta domain tahap kedua (SLD).

“Kerjasama strategik ini bagi membangunkan dan menyediakan sistem DNS yang lebih selamat, memperbaiki resolusi DNS, dan memastikan penyebaran DNS yang lebih teratur secara global," kata Ketua Pegawai Eksekutif MYNIC, Datuk Hasnul Fadhly Hasan.

Hasnul Fadhly bercakap di Majlis Menandatangani Kerjasama Strategik MYNIC dan CentralNic di Ibu Pejabat MYNIC, Menara Cyber Axis Cyberjaya pada Rabu lalu.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Benjamin Peter Crawford, Ketua Pegawai Eksekutif mewakili CentralNic Ptd bagi menandatangani kerjasama strategik ini.

Hasnul Fadhly.

“Dengan adanya DNSSEC Managed Services, sistem pengesahan nama Domain yang lebih ketat dan perlindungan integriti data dapat dibuat di mana ia dapat mengelakkan sebarang modifikasi tehadap nama domain .MY daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. 

"Manakala dengan membangunkan sistem DNS Anycast pula ia dapat mengurangkan kesan serangan DDos dan sekaligus dapat meningkatkan prestasi ketersediaan laman web yang menggunapakai domain .MY di mana ia akan mudah diakses dengan pantas,” kata Hasnul Fadhly. 

Tambah Hasnul Fadhly, pihak MYNIC mahu menyediakan negara ini untuk masa depan ke arah era digital. 

"MYNIC terbuka dan sentiasa berusaha menjalankan inovasi digital untuk menyediakan teknologi sokongan serba lengkap kepada para pengguna nama domain .MY agar mereka sentiasa bersedia mengharungi cabaran global dalam ekonomi digital," katanya.

MYNIC juga akan berusaha untuk membolehkan dan memperkasakan perniagaan dan industri untuk menjadi sebahagian daripada ekonomi digital menerusi pembangunan industri nama domain sebagai sebahagian daripada infrastruktur ICT di Malaysia.

Artikel Lain